Sunway Lagoon Nights of Fright – Pocong Pun Tahu Peluh Dalam Lift
Sebuah video viral memaparkan gelagat melucukan pelakon hantu Sunway Lagoon Nights of Fright 10 yang berpeluh di dalam lift sambil menjaga karakter mereka.

Geng Hantu Menuju Lokasi Tugas Di Dalam Lift
Sekumpulan pelakon hantu yang menyarung kostum menyeramkan termasuk watak pocong, patung menyeramkan, dan hantu tradisional kelihatan menaiki lift bersama staf pengiring.
Rakaman di Sunway Lagoon, Malaysia ini menunjukkan sisi di disebalik tabir ketika mereka mahu mula bertugas untuk acara Nights of Fright 10.
Pocong Merungut Kepanasan Sambil Stay In Character
Apa yang membuatkan video ini menjadi viral adalah apabila seorang wanita dilihat membantu menyejukkan pelakon pocong yang berpelukan tebal itu menggunakan kipas mudah alih.
Pelakon tersebut sempat merungut dalam nada humor ketika dia berkata “Muka berpeluh eh? Pocong pun tahu peluh… hmm” sambil terus kekal memegang watak.