TULAR : PELANGGAN BERTEKAK DENGAN PEKERJA CARWASH AKIBAT KUNCI ROSAK
Sumber: X | MALAYSIA MOST VIRAL
Sebuah video tular di laman sosial harini dimana sebuah pertengkaran telah berlaku di antara pelanggan dan juga pekerja di sebuah carwash hari ini.
Dalam sebuah kenyataan yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna di laman sosial facebok bernama Aeenz Mohd Ghazali, Wanita itu menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di sebuah carwash di kawasan Taman Perling, Johor Bharu. Beliau menyatakan bahawa ketika kejadian ini berlaku dia telah ke Carwash tersebut untuk mencuci kereta dan kemudian meninggalkan kereta tersebut bersama kunci kerana pekerja Carwash tersebut menyatakan bawa prosess cucian akan mengambil masa selama lebih kurang satu jam.
Ketika hendak mengambil kereta tersebut dia sedar bahawa kereta tersebut telah dihidupkan enjin dan kemudian melakukan pembayaran untuk servis cucian dan keluar dari carwash tersebut menuju ke kedai salah seorang rakan yang berada tidak jauh dari lokasi carwash tersebut.
Namun ketika hendak mematikan enjin kereta tersebut wanita itu dapati bawah kunci kereta telah pecah dan rosak, lalu menghubungi suami dan menuju semula ke carwash tersebut, tetapi telah di fitnah oleh salah seorang pekerja kedai tersebut mengatakan bahawa wanita tersebut yang menghidupkan enjin kereta sendiri setelah process cucian telah siap.
Wanita itu juga telah dihalau keluar dari tempat carwash tersebut dengan kata yang tidak elok untuk didengar, dalam kenyataannya juga wanita itu akui bahwa dia telah hilang sabar kerana dituduh dan juga tiada perkataan maaf dari pekerja Carwash tersebut.
Dia juga menyatakan bahawa rasa teramal kesal kerana Pekerja Carwash tersebut tidak ada langsung rasa tanggungjawab malahan berkata kereta tersebut telah keluar dari kedai ketika proses cucian dan pembayaran telah selesai jadi ianya bukan tanggungjawab kedai tersebut.
Untuk menutup kenyataan dari pemilik video viral ini. Wanita tersebut menasihati orang ramai untuk tengok dulu “Review” di google sebelum pergi ke mana mana carwash. Wanita tersebut telah menangung kerugian sebanyak RM575 ringgit untuk membaiki kunci kereta
Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari X | MALAYSIA MOST VIRAL Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal
Video :