| | |

hanya konten semata mata, wanita tampil jelaskan keadaan sebenar selepas dikecam Netizen

Sumber: SAYS

Baru-baru ini, seorang influencer menjadi tumpuan apabila sebuah video viral menunjukkan dia membelanja seorang wanita dengan sebuah Macbook.

Dalam rakaman tersebut, influencer tersebut sedang membuat kandungan bersama orang awam. Dengan penuh selamba, dia memberi pilihan kepada orang awam untuk memilih antara RM1 tunai atau sebuah hadiah misteri.

Seorang wanita memilih hadiah misteri dan setelah membaca kertas yang diberikan, dia diberi peluang untuk memilih barang berharga RM250 ke atas. Tanpa ragu-ragu, wanita tersebut memilih untuk mendapatkan sekeping Macbook.

Namun, keputusan wanita itu menarik kritikan daripada netizen di TikTok. Ada yang mempersoalkan pilihan Macbook dan ada juga yang menganggap tindakan wanita itu sebagai kemalasan dan penyalahgunaan wang orang.

Sebagai respons, wanita tersebut kemudian memberikan penjelasan di bahagian komen. Dia mengakui bahawa dia hanya dibayar RM100 untuk menyertai konten palsu tersebut, di mana influencer memerintahkannya untuk berlakon dan memilih Macbook sebagai hadiah misteri.

VIDEO :

Similar Posts