| | |

Bagaimana Nak Kenal Pasti Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Hanya Tengok “Mileage”

Sumber: Tiktok | @pakwee_oe

Kereta terpakai, atau lebih popular sebagai ‘second hand,’ sering menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan model impian tanpa perlu bayar harga yang melampau.

Jika berada di takdir baik, ada kereta terpakai yang nampak seakan-akan baru kerana penggunaannya yang minima.

Penjagaan yang cermat oleh pemilik sebelumnya juga memastikan bahagian-bahagian dalam kereta berfungsi dengan baik.

Salah satu cara yang biasa digunakan untuk menilai prestasi kereta terpakai adalah dengan merujuk kepada bacaan ‘mileage’ pada odometer.

Melalui bahagian ini, kita boleh lihat sejauh mana kereta itu telah berjalan sejak pertama kali dibeli hingga sekarang.

Tapi, tahukah anda bahawa bahagian ini boleh direset, dan bacaannya kembali kepada 0 meter?

Inilah punca penipuan, di mana penjual kereta terpakai yang tidak bertanggungjawab boleh mereset odometer untuk menipu pembeli.

Baca: Rupanya Ini Sebab Kenapa Stereng Kereta Bergoyang Semasa Memandu

Ketidakjujuran penjual boleh menyebabkan masalah besar kepada pembeli di masa depan.

Untuk elakkan diri daripada tertipu, seorang pengguna TikTok memberikan tips bagaimana nak kenal pasti usia sebenar kereta, tanpa bergantung sepenuhnya pada bacaan odometer.

Pak Wee (@pakwee_oe) menasihati pengikutnya supaya jangan hanya tertumpu pada bacaan odometer semata-mata, terutamanya maklumat dalam iklan jualan.

Sebaliknya, kita perlu melihat kereta secara langsung sebelum membuat keputusan pembelian.

Pak Wee kongsikan beberapa petunjuk untuk menentukan usia sebenar kereta terpakai.

Pertama, perhatikan bahagian plastik dan getah di bawah bonet. Bahagian ini mengandungi komponen penting seperti radiator dan bateri.

Biasanya, getah dan plastik ini akan keras dan pudar warnanya jika kereta itu sudah lama digunakan.

Kedua, lihat kebersihan bahagian kaburator dan radiator. Tahap kebersihan ini boleh tunjukkan usia sebenar kereta.

Jika bahagian ini penuh dengan kotoran berwarna hitam, kemungkinan besar kereta tersebut sudah berusia.

Bagi yang kurang tahu tentang bahagian kereta, Pak Wee mencadangkan mencari rakan yang pakar dalam pembaikan kereta.

Mekanik biasanya boleh berikan nasihat terbaik dan boleh diupah untuk menilai kereta bersama-sama.

Mereka lebih tahu tentang ciri-ciri yang patut dielakkan ketika membeli kereta terpakai.

Video :

Similar Posts