| | |

[VIDEO] Vet Menerangkan Kenapa Kucing Suka Tinggalkan Makanan di Tengah

Sumber: Tiktok | @drhawa_vet

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang memelihara kucing, pasti pernah mengalami keadaan di mana makanan yang diberikan kepada kucing tidak habis dan hanya dimakan pada bahagian tengah mangkuk sahaja.

Dalam satu video yang dikongsi oleh seorang doktor haiwan di TikTok, beliau menerangkan bahawa perkara ini adalah tabiat semula jadi kucing.

Doktor haiwan tersebut menyatakan bahawa keadaan ini berlaku atas beberapa sebab, salah satunya ialah perut kucing yang mempunyai saiz kecil yang tidak mampu menampung banyak makanan. Tambahan pula, misai kucing turut menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tinggalkan makanan kerana ia adalah bahagian yang sensitif, dan kucing boleh merasa stres apabila misai mereka bersentuhan dengan mangkuk makanan.

Seorang netizen turut berkongsi pengalaman, “Patutlah kucing aku suka keluarkan makanan dia daripada mangkuk, lepastu makan kat lantai. Baru faham.”

Selepas penularan video ini di TikTok, ia telah menerima lebih daripada 1.3 juta tontonan, 82.7 ribu suka, dan 7.2 ribu kongsian.

Dalam bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap video yang menghuraikan misteri tinggalkan makanan oleh kucing.

Video :

Similar Posts