| | |

Berita Terkini: Pekerja P-Hailing Ditahan Selepas Bakar Kereta Polis di Petaling Jaya

Source: Harian Metro

Petaling Jaya: Polis telah menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing setelah didapati membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan tentang kejadian tersebut jam 1.52 pagi tadi.

“Setelah menerima laporan itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut di rumahnya di Flora Damansara sekitar jam 12 tengah hari tadi.

“Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dilemparkan ke arah kenderaan sebelum ia terbakar,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Mohd Fakhrudin turut menyatakan bahawa polis telah merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes tersebut.

“Siasatan awal menunjukkan suspek juga melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa seorang lelaki telah dimuat naik video yang mendakwa dia membakar sebuah kenderaan polis bantuan di laman sosial TikTok.

Lelaki tersebut memuat naik rakaman video selama lima saat yang memaparkan dia bersama kenderaan sedang terbakar.

Lelaki itu turut menambah keterangan ‘berpuas hati dapat membakar kereta polis #polistakdekeje’.

Similar Posts