| | |

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditentukan Pada Petang Ahad, 10 Mac Ini

Source: SAYS

Khabar gembira untuk umat Islam di Malaysia! Tarikh permulaan Ramadan akan ditentukan pada petang Ahad, 10 Mac ini, yang mana juga bertepatan dengan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Menerusi laporan Harian Metro, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan hari ini, mengumumkan bahawa Majlis Raja-Raja bersetuju untuk menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan dua cara, iaitu Rukyah dan Hisab.

Nanti malam tu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan umumkan tarikh permulaan puasa melalui siaran radio dan televisyen secara langsung.

Ada 29 lokasi di seluruh negara untuk lihat anak bulan Ramadan

Dalam kenyataan tersebut, disebut juga bahawa jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan akan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara. Antara lokasi tersebut termasuklah Pontian Kecil di Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka, dan banyak lagi.

Jadi, buat yang tak sabar nak tahu tarikh permulaan Ramadan, pastikan korang sedia untuk ikut perkembangan terkini! Siapa dah ready nak puasa? 🌙

Similar Posts