| | |

Anak Muda Kena Ada Extra Survival skill Masa Sekarang, l Macam Masak dan Potong Rambut

Source: TikTok | @sirladang

Tak perlu lah kita semua bekerja dalam bidang yang kita belajar dulu.

Rezeki tu kadang-kadang datang dari tempat yang tak disangka-sangka. Ada yang belajar undang-undang, tapi jadi chef. Apa salahnya, kan?

Baru-baru ni, tengah viral video TikTok ni, ada seorang influencer dan pensyarah yang panggil diri dia Sir Ladang. Dia tengah ajar pelajarnya, tapi bukan pasal teori semata-mata.

Dalam video tu, dia pesan kat pelajarnya, “Korang kena ada ‘survival skill’, tau. Kemahiran diri ni penting gila, especially bila hidup ni suka buat hal tak terduga.”

Dia bagi contoh, ada orang time PKP ni, kena potong gaji, tak boleh kerja. Tapi sebab diorang ada skill, diorang boleh cari duit lain.

Sir Ladang suggest jugak, boleh la korang ambil kursus pendek dekat Kolej Komuniti. Macam, belajar masak ke, welding ke, mengikut passion masing-masing.

Dia kata lagi, “Korang pun boleh cari duit sampingan dengan skill yang korang ada. Kalau pandai potong rambut, makeup, apa-apa lah. Tak kira lah, janji boleh cari rezeki!”

So, luangkan lah masa sikit untuk belajar benda baru. Tak pernah tahu, satu hari nanti skill korang boleh jadi penyelamat!

Video :

@sirladang

Saya tak suruh belajar full time. Saya suruh join short course hujung minggu. Dari cuti takde buat apa kat rumah. Banyak kursus untuk remaja even budak sekolah rendah pun datang belajar. Dari kecik diorang dah boleh develop minat. Kita boleh tau skill apa yang diorang nak. Aku post jugak video ni walaupun nanti akan ada yang kecam “ko single diam la…ko bukan ada anak”. Yelah! Ko je ada anak. Salam gaji 1500! #sirladang #kolejkomuniti #lecturerlife

♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Similar Posts