| | |

Seorang Lelaki Tiba-Tiba Bertindak Ganas Dengan Memecahkan Cermin Van Ambulans Menggunakan Parang Panjang Yang Dikenali Sebagai ‘Kwan Tao’.

Source: X | @EllayroseN

Emosi manusia memang boleh menjadi perkara yang sangat berbahaya jika tidak dikawal dengan baik. Keadaan ini boleh mengakibatkan individu tersebut bertindak ganas dan menjadi ancaman kepada orang lain.

Baru-baru ini, satu video menjadi tular di aplikasi X yang memaparkan seorang lelaki tiba-tiba bertindak ganas dengan memecahkan cermin van ambulans menggunakan sebatang parang panjang yang dikenali sebagai ‘kwan tao’. Berdasarkan laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili menyatakan bahawa suspek berusia 43 tahun telah ditangkap susulan laporan yang dibuat pada pukul 2 petang Isnin, sekitar jam 12 tengah hari.

Insiden yang berlaku di Sibu, Sarawak itu bermula apabila seorang pengadu yang merupakan pemilik bengkel di kawasan tersebut melaporkan bahawa dia tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan suspek yang tidak dikenali. Suspek tersebut kemudian bertindak menetak cermin ambulans di tempat itu sehingga pecah. Dalam operasi tangkapan, polis turut merampas sebilah kerambit dari tangan suspek dan juga menemui sebilah parang jenis ‘kwan tao’ di dalam kenderaan yang dipandu oleh suspek.

Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek turut mendapati hasil yang positif bagi dadah jenis methamphetamine. Ini menunjukkan kemungkinan suspek terlibat dengan penggunaan dadah yang mungkin mempengaruhi keadaan emosinya.

Video :


Similar Posts