| | |

Arwah Kdr Muhammad Firdaus Ramli merupakan salah seorang mangsa nahas dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Source: YouTube | Buletin TV3

Source: Facebook | ERA Sabah

Source: TikTok | @slurpee.girl

Arwah Kapten Muhammad Firdaus Ramli, salah seorang mangsa tragedi dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, semalam, sebelum itu telah memberikan wawancara eksklusif kepada TV3 baru-baru ini.

Buletin TV3 melaporkan bahawa krew mereka telah diberi peluang untuk menaiki pesawat tersebut untuk tujuan liputan mengenai penugasan anggota TLDM di Sabah. Helikopter operasi maritim tersebut merupakan aset terbaru yang dioperasikan oleh skuadron tersebut.

Melalui liputan khas TLDM, ARMADA Timur telah meningkatkan operasi sempadan pengairan negara sempena siaran Aidilfitri pada 12 April yang lalu.

Pada masa yang sama, sebuah hantaran yang dikatakan dimuat naik oleh salah seorang mangsa, Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, menjadi viral menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok.

Hantaran tersebut didakwa dimuat naik sehari sebelum tragedi tersebut berlaku. Allahyarham telah memuat naik sebuah gambar di media sosialnya yang memaparkan sebaris ayat dari sebuah buku.

“‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggumu lagi seperti hari kelmarin.”

Individu yang berkongsi hantaran tersebut turut menitipkan doa kepada arwah Komander Firdaus.

“Al-Fatihah, status terakhir Kdr Firdaus semalam..mati syahid, Allah maha penyayang.”

Video :

Similar Posts