| |

Individu Kongsi Suasana Ketika Dikebumikan Dalam Kubur Buat Ramai Insaf – “Taubatlah”

Sumber :  X | @7signxx

Setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan kembali ke rahmatullah. Alam kematian sering kali menimbulkan rasa takut dan gerun, sebab itulah Islam menyarankan umatnya untuk patuh pada ajaran agama dan sentiasa membuat amal soleh.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang lelaki cuba masuk ke dalam liang lahad.

Ramai insaf masa tengok video dia masukkan badan dalam liang lahad

Dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan baring dalam liang lahad yang digali, dengan kepalanya menghadap ke langit. Situasi ini secara tidak langsung menyedarkan orang ramai tentang keadaan dan situasi selepas kematian.

“View nampak langit pun dah rasa bergetar hati kita. Bayangkan bila dah tambus gelap. Malaikat datang. Kalau fikir bab mati ni, tak berbaloi untuk kita jadi jahat, sombong. Kadangkala kita jadi angkuh sebab kita lupa kita ni belum mati lagi,” tulis salah seorang netizen.

Rata-rata netizen juga memberikan pelbagai reaksi masing-masing:
Video :

Similar Posts