“Hotel Haji Bakhil” – Lelaki ‘Cemas’ Lampu Hotel Tiba-tiba Terpadam, Rupanya sebab sensor!, Nak guna iron kena bayar Rm0.50
Sumber : Tiktok | @naim_dehek
Korang yang takut dengan tempat gelap mungkin boleh relate dengan cerita ni bila seorang lelaki alami detik cemas masa berjalan di lobi hotel. Dia masa tu tengah jalan sambil rakam video sebab sesat.
Lampu Tiba-tiba Terpadam…
Dalam video yang dimuat naik oleh @naim_dehek, kita boleh tengok lampu di lobi tiba-tiba padam dan suasana jadi gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Naim terus berlari sampai lampu di tempat tu menyala balik.
Rupanya, hotel tu guna sensor pada lampu di lobi. Kalau takde orang lalu, lampu akan padam sendiri.
“Masa ni rakam sebab tengah sesat, sekali lampu semua terpadam… hotel ni pakai sensor.”
Guna Seterika Kena Bayar 50 Sen?
Masa Naim sampai kat tempat nak seterika pakaian, dia terkejut tengok notis kat dinding bilik tu. Siapa yang nak guna seterika kena bayar 50 sen untuk 6 minit.
Naim yang tak bawa duit masa tu terus balik bilik mintak duit dari kakak dia. Lepas tu, dia dan kakak dia pergi balik ke bilik tadi dan baca arahan kat mesin duit seterika tu.
Masa tengah baca arahan, diorang dua-dua dah buka lampu telefon supaya tak terkejut bila gelap. Bila duit dimasukkan ke dalam mesin, lampu dalam bilik tu menyala balik.
“Masa ni dua-dua buka lampu phone… risau gelap. Masa masuk duit, lampu hidup dah.”
Suasana yang ‘seram’ tu riuh dengan tawa diorang dua beradik yang terhibur sambil kira countdown yang dipaparkan kat mesin duit tu.
Netizen Terhibur
Dalam ruangan komen, ramai netizen terhibur tengok reaksi diorang dua. Ada yang kata hotel tu guna konsep ‘pintar’ untuk jimat elektrik.
“Kalau min kena ni menangis dulu rasanya… kental betul diorang dua ni hahaha!”
Video :