[VIDEO] Ramai Cuak Tengok Ular Sawa Panjang Sembunyi Dalam Enjin Kereta Myvi, Seram!
Sumber : X | @updateinfo111
Sering kita dengar ular sawa suka sembunyi di tempat gelap dan sejuk, bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah kejadian di mana kereta salah seorang lelaki dimasuki ular sawa yang panjang. Difahamkan, keretanya itu diparkir tepi jalan kawasan Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Lelaki berkenaan juga sempat menghubungi pihak berkuasa.
Anggota APM Dilihat Mengeluarkan Ular Sawa Panjang dan Besar dari Enjin Kereta Myvi
Pihak bomba dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dilihat mengeluarkan ular sawa panjang dan besar yang tersekat dalam enjin kereta Myvi. Susulan itu, kejadian berkenaan berjaya meraih perhatian orang ramai yang berada di situ.
“Macam mana lah boleh masuk dalam tu. Takut!”
Kejadian ini benar-benar mengundang rasa seram di kalangan netizen yang menontonnya. Semoga kita semua lebih berhati-hati dan waspada dengan sebarang kemungkinan yang tak dijangka seperti ini.
Video : https://x.com/i/status/1795861343897055659