Real Madrid Raja Liga Juara-Juara! menang buat kali ke-15
Sumber : Mediacorp
LONDON: Real Madrid berjaya kalahkan Borussia Dortmund untuk menang Liga Juara-Juara buat kali ke-15.
Gol dari Dani Carvajal dan Vinicius Junior bagi pasukan Sepanyol tu kemenangan 2-0 di Stadium Wembley pada Sabtu (1 Jun).
Pemain pertahanan Carvajal tanduk bola dari sepakan sudut Toni Kroos pada minit ke-74 sebelum Vinicius jaringkan gol kedua.
Pasukan tu sekarang merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Juara-Juara.
Real Madrid menang sembilan final Piala Eropah terakhir mereka, dan menang pertandingan tu enam kali dalam 11 musim terakhir.
Carvajal, Kroos, Nacho dan Luka Modric sekarang sebaris dengan pemain lagenda Real Madrid Paco Gento sebagai pemain yang menang Piala Eropah sebanyak enam kali.
Jurulatih Carlo Ancelotti juga catat rekod baru sebagai jurulatih paling berjaya dalam pertandingan tu, dengan menang lima kali.