| |

”Balik rumah dah wangi” – Mandi Hujan Lepas Main Bola, Gelagat Lelaki Ini Dapat Perhatian Ramai

Sumber : Tiktok | @abgfrz

Untuk korang yang bersukan jauh dari rumah, sebelum balik tu mesti korang nak mandi kan. Iyalah, dah basah lencun sebab peluh, nak balik rumah mestilah nak dalam keadaan selesa. Kalau dapat mandi dan wangi-wangi, balik rumah terus boleh tidur dengan selesa kan?

Biasanya tempat bersukan ada fasiliti macam bilik air dan tandas untuk bersihkan diri. Tapi lain pulak cara seorang pemain bola sepak amatur ni.

Dalam video @abgfrz korang boleh tengok seorang lelaki mandi hujan tepi padang. Yang bestnya, siap bersabun dan syampu lagi!

Lain macam betul lelaki ni mandi hujan tepi padang. Min rasa mungkin nak bersembang dengan kawan, itu pasal mandi terus kat situ. Atau mungkin taknak terlepas tengok game tapi tetap nak mandi. Dua dalam satu!

Ini pun dua dalam satu gak. Sambil mandi, sambil basuh baju. Sampai rumah perah je, lepas tu sidai. Memang mudah.

Jangan terkejut sebab sebenarnya barang-barang mandi memang sentiasa tersedia. Lagi-lagi kalau dah biasa bersukan, semua sabun, syampu, pencuci muka memang ada standby.

Video :

Similar Posts