| |

[VIDEO] Pemandu E-Hailing Didakwa Burukkan Malaysia & Islam Di Depan Pelancong

Sumber : X | @MALAYSIAMOSTVIRALLL

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang pemandu e-hailing didakwa memburukkan Malaysia dan Islam.

Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pelancong yang menaiki e-hailing itu ketika mereka sedang berbual. Dalam rakaman tersebut, pemandu itu mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi dan mendakwa kebebasan di Malaysia tersekat termasuk larangan berjudi dan minum arak.

“They want us to follow their religious, it’s very unfair correct. They don’t drink, they get drunk, so they banned all the drinking and gambling. No entertainment, it’s like staying in the cave,” kata pemandu tersebut.

Syarikat E-Hailing Digesan Ambil Tindakan

Sementara itu, syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan tegas termasuk memberhentikan pemandu tersebut. Menurut Berita Harian, Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal, meluahkan rasa kecewa dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai video berkenaan.

“Apa yang diperkatakan oleh pemandu itu berkaitan agama Islam kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit. Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa syarikat pengendali perlu mempertingkatkan amaran serta memberikan peringatan kepada pemandu mereka supaya tidak mengulangi kesilapan seumpama itu.

“Pemandu-pemandu e-hailing ini umpama duta kecil negara kita dan apabila perkara sebegini berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan syarikat terbabit tetapi juga negara. Disebabkan itu, kita mahu supaya syarikat e-hailing bertanggungjawab menyediakan garis panduan yang sentiasa diingatkan kepada pemandu bagi mengelak perkara ini berulang,” tambahnya.

Netizen Beri Pandangan

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut juga meluahkan rasa kecewa dan menganggap tindakan pemandu itu tidak wajar. Mereka berharap agar syarikat e-hailing berkenaan mengambil tindakan segera untuk menjaga imej negara dan memastikan kejadian sebegini tidak berulang.


Video :

https://x.com/i/status/1797913517561163972


Video :

https://x.com/i/status/1797972782145527927

Similar Posts