| |

Lelaki Bersyukur Akhirnya Bergelar Ayah Di Usia 80, Sudah 10 Tahun Menanti Zuriat

Sumber : Tiktok | @ummimakhapakyob

Siapa saja dalam dunia ini yang tak mahu mempunyai zuriat, kan?

Bukan semua orang diberi peluang untuk dapatkan zuriat. Ada yang rezeki cepat, ada juga yang lama menunggu.

Mereka inilah penyambung warisan kita bila kita dah tiada nanti. Kehadiran anak ini juga dapat melengkapkan kebahagiaan dalam rumah tangga, tak kira berapa umur kita.

Baru-baru ini, tular kisah pasangan yang akhirnya dapat zuriat selepas sekian lama menanti, mencuri tumpuan ramai.

Selepas 10 tahun, akhirnya syukur dikurniakan zuriat

Dalam video yang dikongsikan, seorang wanita bernama Ummi berkongsi berita gembira apabila dia dan suami baru saja menimang cahaya mata.

Suaminya berumur 80 tahun, manakala Ummi yang berumur 42 tahun telah melahirkan anak perempuan mereka pada Jumaat, 31 Mei yang lalu.

“Ini adalah zuriat pertama kami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Suami sangat bersyukur pada Allah atas kurniaan ini,” kata Ummi.

Alhamdulillah, penantian yang sangat bermakna buat pasangan ini. Semoga dipermudahkan segalanya.

Video :

@ummimakhapakyob

Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan

♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob – Ummi Mak Ha Pak Yob

Similar Posts