“Cuci Mulut Cara Ini…” – Doktor Kongsi Ilmu Jaga Bayi Newborn, Penting Untuk First Time Mom!
Sumber : Tiktok | @jaja_talib
Bagi wanita yang baru pertama kali menjadi ibu, mesti banyak persoalan tentang cara terbaik nak jaga bayi yang baru lahir. Selain daripada cara orang dulu-dulu, ramai juga yang cuba ikut cara moden yang disarankan oleh doktor.
“Ilmu untuk first time mom…”
Dalam satu video perkongsian oleh @jaja_talib di TikTok, Dr Tan dari Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang, berkongsi beberapa cara untuk menjaga bayi yang baru lahir.
Dr Tan tunjukkan cara menggosok kepala bayi dengan minyak zaitun. Katanya, gerakan tangan perlu secara berputar. Kalau ada bengkak di kepala, gosok guna telapak tangan di kawasan itu secara berputar dan perlahan-lahan.
Cara Cuci Mulut Bayi
Untuk mencuci mulut bayi, ibu perlu sarungkan kain pada hujung jari dan gosok perlahan-lahan dalam mulut bayi.
Cara Potong Kuku Bayi
Bila nak potong kuku bayi, pastikan kedua-dua mata bayi ditutup dengan kain untuk elakkan sisa kuku termasuk dalam mata. Jangan potong kuku bayi dalam bentuk bulat.
“Kita potong kuku, tak boleh bulat.. kena flat. Kalau bulat, isi kuku boleh bernanah.”
Sarung tangan bayi perlu dipakai dalam masa dua bulan, manakala sarung kaki selama empat bulan sahaja. Dr Tan tambah, jangan picit dada bayi untuk elakkan kuman masuk ke dalam badan.
“Lepas dua bulan kita tak tanggal, dia nak lukis, menulis, main muzik.. lambat. Dada jangan picit.. kalau picit, susu akan keluar, kuman akan masuk. Jangan picit, dia akan bengkak.. dalam ada susu.”
Di bahagian pusat, perlu lap dahulu guna kapas seperti biasa dan kemudian gulung kapas lain sampai berbentuk tajam lalu cuci dalam pusat.
“Dalam dua minggu dia akan luruh.. yang penting jangan berbau, jangan ada segi tiga merah (pada luar pusat). Kalau ada segi tiga merah, maksudnya you kena cuci balik. Kalau tak, semua akan jadi merah dan ada nanah.”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen teruja dengan penjelasan Dr Tan.
Video :