| |

Video Aunty India Suapkan Makanan Kepada Pemuda Melayu Runtun Hati Penonton

Sumber : Tiktok | @jamzapparel

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut, bertimbang rasa, dan bertoleransi tanpa mengira bangsa atau agama. Walaupun ada anasir yang cuba menghakis perpaduan ini, ramai yang masih mempertahankan keharmonian sejagat.

Baru-baru ini, sebuah video di akaun TikTok @Jamzapperal menunjukkan kebaikan seorang aunty berbangsa India yang tidak kekok menyantuni seorang pemuda Melayu di wad hospital.

Dalam video tersebut, wanita yang juga ibu kepada si perakam video dilihat menyuap seorang lelaki Melayu dengan penuh kasih sayang.

Pemuda itu kelihatan terharu dan menitiskan air mata kerana kebaikan yang diterima, walaupun mereka tidak saling mengenali.

Video yang mendapat lebih 2 juta tontonan itu dihujani komen daripada netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa tersentuh melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh aunty tersebut.

Netizen juga berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka merasai kebaikan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, terutama ketika menghadapi musibah.

Video

@jamzapparels

Saw him struggling to eat and my family got his back✨🥺 #hsa

♬ original sound – Tamil BGM – Tamil BGM

Similar Posts