| |

Tunku Mahkota Ismail: Faizal Halim Budak baik, Kalau Nak Hapuskan Orang, Saya Ada ‘Target’ Lebih Besar

Sumber : Facebook | Bola Tribe

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), telah memberi pendapat mengenai kejadian simbah asid yang dialami pemain Selangor, Faisal Halim.

Sebelum ini, timbul spekulasi di media sosial yang mengaitkan Tunku Mahkota Ismail dengan kejadian tersebut.

Baginda merasa pelik dengan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan kejadian itu.

“Pertama sekali, budak ini adalah budak baik (Faisal). Saya tak tahu hidup peribadi dia, cuma apa yang terjadi pada dia kita ‘condem’lah.

“Tetapi apa kena mengena dengan saya? Ada orang nak cakap, oh TMJ ‘mastermind’. Eh, kalau saya nak habiskan orang, saya ada target-target lebih besar dalam negara ni.

“Yang ambil duit rakyat, yang menyusahkan rakyat, yang bertanggungjawab dengan ‘constitutional crisis’, yang bertanggungjawab dengan rompak hasil duit rakyat. Yang ini lebih penjenayah bagi saya yang perlu dihapuskan, bukan pemain bola sepak.

“He just a footballer, dan takkan la orang Selangor tak boleh berfikir dengan cara rasional. Saya nak habiskan Faisal Halim buat apa?

“Kami JDT, lawan dengan Selangor tahun lepas, 4-0, 4-0, 2-0 Faisal Halim main. Jadi Faisal Halim buat ancaman ke saya? Dia merupakan pemain bagus. Dia main untuk pasukan kebangsaan (Harimau Malaya) dan dia orang yang peramah tetapi kita tak tahu hidup peribadi dia dan tak tahu agenda di sebalik serangan tersebut.

“Tetapi benda-benda macam tu pun orang nak cakap saya buat. Pihak polis buat ‘cover up’ lah, macam-macam. Kalau saya nak buat kerja yang bukan-bukan saya takkan pakai polis, polis sendiri pun saya tak percaya.

“Saya pun rasa macam hina juga. Macam bapuk main buang-buang asid. Macam bapuk. Macam lembik main-main buang asid, kalau nak habiskan orang kita habiskan terus.

“Tapi itulah yang saya cakap, macam mana orang boleh tak ada isu semua benda nak kaitkan kat sini,” katanya ketika TMJ mengikuti satu program podcast dalam program Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ) di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.

Video : Facebook | Bola Tribe

Similar Posts