| |

“Tinggi saya 150 je tau” Pemilik Kedai Gantung Tisu Tinggi di Siling Jadi Perhatian Ramai

Sumber : Tiktok | @sirapselasihpandan

Biasanya, tisu diletakkan di atas meja di kedai makan untuk memudahkan pelanggan membersihkan mulut selepas makan. Kalau tak letak atas meja, pemilik kedai selalunya akan letak tisu di kaunter bayaran jika kedai mengamalkan layan diri.

Tapi lain pula cerita di sebuah kedai makan di Tanjung Sedeli, Johor ni. Tisu di sini digantung tinggi di siling kedai!

Perkara ini dirakam oleh seorang pengguna TikTok bernama @mizzatiee, sebelum menjadi perhatian ramai netizen yang kebanyakannya terhibur dengan tindakan kreatif pemilik kedai makan tersebut.

Dalam video TikTok tersebut, boleh dilihat tisu dalam plastik kuning digantung di kayu siling kedai makan itu. Jadi, hanya orang yang cukup tinggi je boleh ambil tisu tu. Yang tak berapa tinggi atau pendek, nampaknya kena minta tolong orang yang tinggi untuk dapatkan tisu.

Tisu tersebut pula merupakan tisu yang viral di TikTok sekarang ni. Ramai yang beli tisu yang sama di aplikasi tersebut untuk kegunaan rumah sebab plastik tisu tu boleh digantung dan tisu boleh ditarik keluar dari bahagian bawah. Memang mudah nak simpan dan guna.

Ramai netizen yang tengok video tu terhibur dengan cara unik pemilik kedai letak tisu. Ada juga yang berpendapat mungkin pemilik kedai sengaja buat macam tu untuk elakkan pembaziran tisu oleh pelanggan cilik.

Betul jugak tu kan!


Video :

Similar Posts