| |

[Video] Team Pembersihan Jumpa RM38 Ribu Selepas Kemas Rumah Terbiar Milik Arwah Ibu Pelanggan

Sumber : Tiktok | @f.i.8_empire

Team F.i.8 Empire bukan sahaja jumpa wang banyak, tapi juga barang kemas milik arwah ibu kepada pelanggannya.

Kita semua tahu, setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Bila ahli keluarga atau kenalan terdekat meninggal dunia, sudah tentu kita rasa duka dengan kehilangan tu. Kadang-kadang, ada yang tak ada kekuatan nak kemas barang-barang arwah sebab teringat kenangan dan memori bersama.

Sebab tu banyak kes rumah si mati dibiarkan tak tersentuh lama sebelum dibersihkan oleh ahli keluarga.

Servis Pembersihan Kemas Rumah Yang Ditinggalkan Hampir 5 Tahun

Baru-baru ni, tular satu hantaran di TikTok (@f.i.8_empire) mengenai syarikat servis pembersihan yang kemas rumah tak terurus. Difahamkan, ibu kepada pemilik rumah meninggal dunia lebih kurang 5 tahun yang lalu. Menurut team F.i.8 Empire, anak arwah baru ada kekuatan untuk panggil mereka bersihkan rumah lepas beberapa tahun pemergian ibunya.

Sebelum buang barang yang tak diperlukan, anak arwah maklumkan rumah tu ada duit tersorok dengan jumlah banyak. Atas amanah tu, team berkenaan asingkan setiap wang kertas dijumpai ikut kategori. RM1, RM5, RM10, RM50, RM100 semuanya ada. Bahkan wang kertas dengan corak lama pun mereka jumpa.

Team F.i.8 Empire Jumpa RM38,000 Dalam Rumah Arwah

Selepas habis kira, jumlah wang terkumpul sekitar RM38,000 bersama beberapa kalung emas dan barang kemas. Semua harta tu kemudian diserahkan kepada anak arwah.

Kenapa Ada Yang Mahu Servis Kemas Rumah Ahli Keluarga Yang Meninggal?

Dalam video lain, team F.i.8 Empire jelaskan ada beberapa faktor kenapa ahli keluarga tak kemas rumah sendiri. Antaranya:

  • Isu kudrat di mana tak semua ada keupayaan dan kesihatan baik untuk kemas.
  • Nilai sentimental rumah tu yang ada banyak kenangan bersama arwah.
  • Tak sampai hati buang barang milik si mati.
  • Kekangan masa yang tak boleh dielakkan.

Netizen Puji Sikap Jujur Team F.i.8 Empire Jalankan Tugas

Menjengah ke ruangan komen, ramai puji team F.i.8 Empire sebab jujur dalam tugasan mereka.

“Tahniah kesemua ahli kumpulan. Kamu memang baik, jujur dan amanah. Semoga rezeki kamu tak pernah putus-putus,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang lega sebab wang banyak tu masih sempurna dan tak dimakan serangga perosak walaupun lama terbiar.

“Nasib baik tak dimakan anai-anai. Kakak ipar saya simpan duit dalam buku, bila dah meninggal adik-beradik kemas bilik dan bakar buku. Bila separuh terbakar baru perasan ada duit,” cerita seorang wanita.

Video :

@f.i.8_empire

Kisah mengemasa rumah dan duit. rumah ni rumah arwah ibu owner tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas. owner dah inform rumah ni ada duit yg banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang #fi8kongsi #masukberanda #fi8empire #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #fyp #capcut #pastiusahayakinrezeki

♬ Very Sad – Enchan

Similar Posts