Pasangan Pengantin Raikan Tema Perkahwinan ‘1 Malaysia’, Himpun Semua Kaum Di Majlis
Sumber : Tiktok | @mizieayu8788
Bagi pasangan pengantin, majlis perkahwinan adalah momen yang manis sebab pada masa ni lah mereka diraikan. Selain tu, mereka juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan saudara mara yang jauh. Sudah tentu tema perkahwinan jadi peranan utama dalam sesebuah majlis.
Biasanya, tema perkahwinan ditetapkan oleh pengantin sendiri ikut cita rasa mereka. Kapasiti tetamu pun boleh dikawal melalui jemputan saja.
Himpun Semua Kaum Dalam Majlis Perkahwinan
Baru-baru ni, tular video di TikTok (@mizieayu8788) menunjukkan pasangan pengantin yang memilih tema ‘1 Malaysia’ untuk majlis perkahwinan mereka.
Dalam video tu, kelihatan pasangan pengantin diraikan dalam suasana meriah dengan elemen pelbagai kaum. Majlis tu dihadiri tarian singa, kompang, dan gendang India yang dimainkan oleh kaum Melayu, India, dan Cina.
Pasangan pengantin juga nampak gembira dengan sambutan yang diberikan kepada mereka.
Seronok kan bila semua kaum dapat berkumpul dan raikan bersama macam ni?
Video :
Video :