“Tak pernah bercinta, tak pernah berkawan. Wajah hanya pernah lihat sekali, itu pun waktu merisik. Alhamdulillah, jodoh itu rahsia Tuhan,”
Sumber : Tiktok | @bangnaih
Itulah pendedahan seorang pemuda yang telah mengahwini wanita pilihannya walaupun tidak pernah mengenalinya secara mendalam, menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemuda yang menggunakan akaun @bangnaih di TikTok, dia berkongsi hari bahagianya yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan dipercayai majlis pernikahan itu telah diadakan di rumah pengantin wanita.
Tak Pernah Bercinta
Dalam perkongsian tersebut, pemuda itu sah menjadi suami kepada Khadijah Ramlan dengan sekali lafaz dan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300.
Alhamdulillah, Tahniah!
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan memuji penampilan sederhana pengantin wanita.
Video :