| |

“Gigil Lutut Panjat Tower” – Lelaki Kongsi Momen Cemas Tersangkut Hampir 30 Minit

Sumber : Tiktok | @wanonlyknowwork

Cari kerja zaman sekarang memang mencabar dan memerlukan usaha gigih.

Kita perlu bersaing dengan ramai graduan dan pekerja berpengalaman. Namun, penting untuk menilai jenis pekerjaan yang kita pilih. Takut nanti menyesal.

Tular di TikTok, seorang individu berkongsi rasa gayatnya ketika melakukan kerja.

Gigil Panjat Tower

Dalam video tersebut, individu itu sedang memanjat sebuah tower untuk melakukan kerja. Difahamkan, dia perlu melakukan tugas di bahagian atas tower itu. Namun, selepas memanjat, kakinya menggigil kerana gayat dan terpaksa menunggu hampir 30 minit.

“Sumpah takut, tower ni apa yang tinggi sangat ni. Aku tak sign up untuk kerja macam ni,” katanya.

Dia juga sempat berkongsi bahawa kerja ini dilakukan demi mengumpul duit kahwin. Dia turut menunjukkan pemandangan dari atas tower tersebut.

Kontroversi timbul bila ramai netizen mula mempersoalkan keselamatan dan kesesuaian pekerjaan itu. Ada yang mengatakan majikannya tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi latihan atau peralatan keselamatan yang mencukupi.

Mungkin lepas ini, kita perlu lebih berhati-hati memilih pekerjaan. Jangan sampai keselamatan diri terabai.

@wanonlyknowwork

Sangkut jugak la dekat 30 minit di tempat sama hampir terkencing nak naik takleh nak turun takleh 😂 Alhamdulillah masih hidup 🙂‍↕️ Lokasi : Sarawak

♬ original sound – Wan – Wan

Similar Posts