Hebatnya Bengkung Mat Kilau yang Tak makan dek Api!
Sumber : X | @zulabmm
Mat Kilau, salah seorang pendekar Melayu yang terkenal, dikenali generasi muda menerusi filem biografinya yang ditayangkan beberapa tahun lalu. Kehebatannya melawan penjajah British di Pantai Timur dipertontonkan dengan jelas dalam filem tersebut.
Tapi, adakah kita tahu betapa hebatnya pendekar Melayu zaman dahulu? Selain ketangkasan bersilat, pakaian mereka juga ada kehebatan tersendiri.
Dalam satu penemuan yang direkodkan oleh Ustaz Amin, seorang pengkaji bangsa Melayu, beliau menemui satu bengkung yang dipercayai milik Mat Kilau. Bengkung ini digunakan oleh pendekar tersebut untuk melilit perutnya.
Kajian Ustaz Amin menunjukkan bahawa bengkung tersebut tidak terbakar walaupun diuji dengan api, walaupun ia diperbuat daripada kain.
“Walaupun dibakar di hujung kain bengkung itu, api tetap tidak membakarnya. Malah, ia kembali pada keadaan asal,” kata Ustaz Amin.
“Ini membuktikan bahawa pendekar Melayu dahulu bukanlah calang-calang. Pakaian mereka dipercayai dibaca dengan ‘jampi’ atau ayat al-Quran untuk melindungi mereka,” tambahnya.