| |

Andika Putera Buat ‘Makeover’ Dahi: Hapuskan Tanda Hitam Demi Untuk ‘Humble’

Sumber : Tiktok | @andikaputeraa

Pempengaruh terkenal, Andika Putera, kini menjadi tumpuan selepas memutuskan untuk menghapuskan tanda hitam di dahinya. Langkah ini diambil selepas dia mendapat nasihat daripada seorang ustaz, dan ingin mengelak dari dikatakan riak.

Rawatan di Klinik Kecantikan

Andika berkongsi di media sosial mengenai lawatannya ke klinik kecantikan untuk rawatan menghilangkan tanda hitam di dahinya. Menurutnya, dia telah beberapa kali menjalani rawatan tersebut, namun kesan hitam tersebut masih tidak hilang.

Ada juga yang menuduh Andika sengaja menggunakan pen marker untuk menghitamkan dahinya supaya lebih ketara. Namun, Andika menjelaskan bahawa dakwaan itu tidak benar.

Kesan Sujud Terhadap Tanda Hitam

Doktor kecantikan yang merawat Andika menjelaskan bahawa tanda hitam di dahi boleh disebabkan oleh sujud yang dilakukan ketika beribadah.

“Dahi boleh jadi hitam disebabkan tekanan ketika sujud. Bila kita tunduk, dahi mungkin mengalami sedikit keradangan. Kalau kulit terkena tekanan atau luka, badan akan cuba baiki dan kulit baru yang tumbuh mungkin lebih sensitif. Apabila terdedah kepada matahari, ia boleh jadi gelap,” jelas doktor tersebut.

Reaksi Netizen dan Kontroversi

Perkongsian Andika ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat tanda hitam di dahinya disebabkan cara sujud yang salah atau kulit yang terlalu sensitif.

Ada juga yang memerli Andika, meminta dia menjelaskan situasi tersebut menggunakan papan putih, sama seperti video penjelasan berkaitan isu rumah tangganya yang lepas.

Sebelum ini, nama Andika Putera menjadi perhatian selepas bekas isterinya, Ananda Natasha, mendedahkan masalah-masalah dalam rumah tangga mereka. Andika telah memberikan penjelasan menggunakan papan putih, memohon maaf, dan berhubung dengan peguam untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Biasanya tanda hitam atas kening bukan dekat anak rambut

Andika Putera buang tanda hitam? Cuba terangkan guna whiteboard

Apa kaitan dahi hitam dengan solat pulak

@andikaputeraa

Treatment buang dahi hitam. Sebenarnya ni bukan treatment yang pertama kali Dika buat. Sebelum ni pun pernah juga Dika buat beberapa kali. Tapi kesan hitam tu tak hilang sepenuhnya sampai ada timbul orang cakap yang Dika sengaja hitamkan dahi ni 😅😂. So, harini Dika datang lagi dekat Vogue Clinic di Ampang ni untuk buat lagi treatment dekat dahi Dika. Hopefully selepas seminggu ada improvement yang baik dekat dahi Dika ni. Komen ‘❤️❤️❤️’ kalau korang suka facial👇🏻 #treatment #facial #fyp #viral #tiktok

♬ original sound – Andika Putera – Andika Putera

Similar Posts