| |

“Baby Comel Takut Buah” Video Gelagat Kanak-Kanak Dikelilingi Rambutan Buat Orang Ramai Terhibur”

Sumber : Tiktok | @wulan.caira

Kanak-kanak memang selalu mencuit hati dengan telatah mereka yang kadang-kadang pelik dan tak masuk akal. Dari menangis lepas habiskan makanan sampailah masuk ke dalam kain pelikat waktu ayah tengah solat, semuanya buat kita tergelak.

Anak Menangis Kena ‘Usik’ Dengan Rambutan

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh Wulan Caira (@wulan.caira) menjadi tular, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis sebab takut dikelilingi oleh rambutan. Dalam video itu, Wulan, yang merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut, bersama suaminya, cuba ‘usik’ anak mereka yang geli dengan buah rambutan.

Dalam video tersebut, seorang lelaki yang dipercayai ayah kanak-kanak itu meletakkannya di tengah-tengah bulatan yang dibuat dari buah rambutan. Si kecil yang ketakutan itu terus menangis dengan kuat, tak berani langsung nak keluar dari ‘kepungan’ rambutan tersebut.

Netizen ‘Join’ Sekali Usik Anak Itu

Yang paling lucu, ramai pengguna TikTok turut sama mengusik anak tersebut di ruangan komen. Ada yang cadangkan letak rambutan dalam pampers dan baju, malah ada yang suruh terus bawa ke pokok rambutan. Nakal betul!

Tak cukup dengan itu, ada juga yang berkongsi cara mereka ‘ugut’ adik sendiri supaya tak buat benda yang tak diingini. “Adik aku takut rambutan, aku letak depan TV supaya dia tak banyak tengok TV,” tulis seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang buat lawak dengan mengatakan, “Adik kemas baju cepat. Kejap lagi akak pick up,” seolah-olah nak ‘selamatkan’ budak itu dari ketakutan.

Namun, ada juga yang bagi amaran yang usikan macam ini boleh buat kanak-kanak trauma. Tapi Wulan menjelaskan dia sebenarnya hanya cuba nak kenalkan buah tempatan itu kepada anaknya dengan cara yang lebih santai.

Anak Ini Takut Semua Buah, Bukan Rambutan Saja

Dalam satu perkongsian lain, Wulan menjelaskan bahawa anaknya bukan saja geli dengan rambutan, tapi dengan semua jenis buah, termasuklah buah naga. Satu lagi video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan anaknya geli dengan buah durian pula. Macam mana lah nanti nak makan buah, dik? 😆

Similar Posts