| |

Rakyat Malaysia Ditipu Pengemis ‘OKU’ Warga China: Raih RM10,000 Sebulan Hanya Dengan Lakonan Jalanan!


Heboh! Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar satu sindiket pengemis ‘OKU’ warga asing yang licik memperdaya rakyat Malaysia. Dengan hanya bermodalkan kekurangan fizikal yang diragui, empat warga China berjaya mengaut pendapatan mencecah RM10,000 sebulan!

Dalam operasi khas Op Serkap, empat pengemis berusia antara 36 hingga 67 tahun ditahan di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru, bersama rampasan wang tunai sebanyak RM9,000. Menurut Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, tangkapan ini hasil daripada risikan tiga minggu berikutan aduan orang awam yang mula curiga.

“Rakyat Malaysia terlalu pemurah sehingga menyebabkan mereka (pengemis) menjadi semakin berani mendekati pengunjung pasar malam dan premis-premis, meraih simpati dengan cara yang agresif,” ujar Datuk Mohd Rusdi dalam kenyataan.

Lebih mengejutkan, pengemis ini tidak memiliki sebarang dokumen yang sah, sekaligus melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Mereka juga didapati tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, satu kesalahan serius di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

Adakah rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan taktik seperti ini? Jangan sampai kebaikan kita dieksploitasi!

Sumber : Vocket

Similar Posts