| |

Fattah Amin Nampak Sayu Dalam Penggambaran, Netizen Doakan Kekuatan Hadapi Kemelut Rumah Tangga


Di TikTok, sebuah video tular memaparkan pelakon terkenal, Fattah Amin, yang sedang menjalani penggambaran untuk mempromosikan jenama makanan terkenal, Pak Mat Western. Dalam video tersebut, Fattah kelihatan duduk berehat sebelum bangun dan berjalan menuju destinasi seterusnya, diiringi beberapa orang pengawal keselamatan.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah riak wajah sayu Fattah, yang seolah-olah mencerminkan perasaan sedih di tengah kemelut rumah tangganya dengan isteri, Nur Fazura. Pengguna TikTok bernama Eyda Rosli yang berkongsi video itu menyatakan bahawa meskipun Fattah cuba kelihatan kuat, wajahnya jelas memperlihatkan kesedihan yang dirasainya.

Eyda turut menitipkan doa agar Allah menyatukan semula hati Fattah dan Fazura serta menyelamatkan rumah tangga pasangan itu.

“Nampak ketara cara dia pura-pura kuat tapi hati dia mewakili riak muka dia, sayu ja tengok. Semoga Allah satukan semula hati Fattah Amin dan Fazura.”

Di sebalik kesedihan yang diperkatakan, netizen juga tidak ketinggalan memuji ketampanan Fattah yang tetap terserlah, walaupun hanya memakai ‘selipar jepun’ semasa sesi penggambaran.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts