| |

Baim Wong Bongkar Kecurangan Isteri Selepas Setahun Bertahan: Dikhianati Rakan Sendiri

Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong, akhirnya mendedahkan bahawa punca dia memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven, adalah disebabkan kecurangan isterinya bersama rakan baiknya sendiri.

Setahun Mencuba

Menurut Baim, 43, dia telah cuba mempertahankan perkahwinannya selama lebih setahun, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

“Sebenarnya saya berada dalam keadaan yang sangat sulit. Saya dikhianati oleh dua orang yang paling dekat dengan saya, termasuk lelaki itu yang merupakan rakan baik saya sendiri,” ujar Baim dalam satu sidang media sambil menahan air mata.

Kesukaran Menelan Kenyataan

Baim mengaku sukar untuk mempercayai pengkhianatan tersebut, namun dia tetap bertahan demi anak-anak mereka.

“Saya sendiri pun tidak percaya. Selama ini saya bertahan selama setahun kerana memikirkan anak-anak,” katanya.

Memfailkan Cerai

Baim sebelum ini mengesahkan bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap Paula di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia, pada Isnin lepas. Pengumuman ini sekali gus menjawab spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka yang telah lama menjadi buah mulut ramai.

Tidak Menyimpan Dendam

Walaupun kecewa, Baim menegaskan bahawa dia telah memaafkan isterinya serta rakannya yang terlibat dalam hubungan sulit itu.

“Selepas kejadian itu, saya sudah memaafkan mereka… dengan cara saya sendiri. Saya hanya berdoa agar mereka mendapat hidayah dan diberi jalan yang benar. Saya tidak mahu menyimpan dendam,” tambahnya.

Hidup Berasingan

Baim turut mendedahkan bahawa dia dan Paula sudah tujuh bulan tinggal berasingan sebelum keputusan untuk bercerai dibuat.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Kiano yang berusia 3 tahun dan Kenzo yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : Mstar ,

Similar Posts