| |

‘Awak Tak Ada Maruah Ke?’ – Jofliam Hentam Cik Epal, Suruh Hormat Tempoh Iddah dan Taat Bekas Suami

Di Instagram Story baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan Jofliam membuat teguran panas terhadap bekas isterinya, Cik Epal. Tanpa berselindung, Jofliam menyentuh soal maruah dan mendakwa bekas isterinya itu tidak menghormati tempoh iddah selepas perceraian mereka.

Teguran Pedas Jofliam: ‘Mana Maruah?’

Dalam satu posting yang jelas penuh dengan sindiran tajam, Jofliam yang sedang bercuti bersama anak-anaknya secara terbuka menggesa Cik Epal supaya bermuhasabah diri dan menjaga maruah sebagai seorang perempuan. Dia mempersoalkan tindakan Cik Epal yang dikatakan mengabaikan anak-anak dan keluar tanpa memberitahu suaminya.

“Wahh, mak dia pun sama naik. Patut telefon Han bertubi-tubi. Kepada Cik Epal, awak dalam keadaan iddah, awak kena patuh kepada suami awak. Awak keluar tak bagitahu pergi mana,” tegas Jofliam dengan penuh amarah.

Lebih mengejutkan lagi, Jofliam mendakwa Cik Epal seolah-olah cuba ‘mencari’ orang lain semasa masih dalam tempoh iddah – satu tindakan yang dianggap memalukan.

‘Awak Tengah Kenen Dengan Orang Lain?’

Tidak terhenti di situ, Jofliam turut menyelar tindakan Cik Epal yang dikatakan sudah ‘menghilangkan diri’ sejak perceraian mereka tanpa mempedulikan anak-anak. Katanya, Cik Epal kerap menyatakan rindu terhadap anak-anak di Instagram, namun tidak pernah berusaha untuk bersama mereka.

“Sejak bercerai awak tinggal anak-anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah, tengah kenen dengan orang lain,” kata Jofliam dengan nada sinis.

Lebih panas, Jofliam turut mendedahkan bahawa lelaki yang dikaitkan dengan Cik Epal itu juga sedang berhadapan dengan isu iddah bersama bekas isterinya. Isu ini semakin rumit dan jelas menimbulkan tanda tanya tentang moral dan etika.

“Yang awak kenenkan tu, dia ada isteri dalam keadaan iddah. Awak patut hormat isteri dia. Sekarang ni apa beza awak dengan kes viral sebelum ini? Awak cakap Dewi tak jaga hati awak dalam tempoh iddah.”

‘Saya Tak Cemburu, Tapi Saya Malu!’

Walaupun ramai mungkin menganggap teguran ini sebagai tanda cemburu, Jofliam dengan tegas menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya, dia mengakui bahawa perasaan malu lebih mendominasi dirinya kerana melihat bekas isterinya ‘beriya-iya’ cuba mendekati lelaki lain yang juga dalam tempoh iddah.

“Saya tak rasa cemburu, cuma rasa malu. Sebagai bekas suami, saya ada bekas isteri yang beriya-iya nak bekas suami orang yang isterinya masih dalam keadaan iddah juga. Saya malu. Dengan bangga update dekat posting.”

Kisah perceraian Jofliam dan Cik Epal ini semakin mendapat perhatian ramai. Sebelum ini, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, selepas 10 tahun, hubungan mereka berakhir dengan perceraian yang kini menjadi bualan hangat.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts