| | | |

Giliran Que Haidar & Linda Jasmine Pula Disahkan Bercerai Selepas 15 Tahun Bersama – ‘Kami Masih Berkawan Demi Anak-Anak’

Sumber : Oh Bulan

Pelakon Que Haidar mengejutkan ramai apabila mengumumkan perceraiannya dengan isteri, Linda Jasmine, yang berlaku pada 2 Julai lalu tanpa sebarang khabar angin. Selepas 15 tahun berkahwin, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45, menerima takdir ini dengan hati terbuka dan tetap menjaga hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Ketika ditemui di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) di Putrajaya, Que menegaskan bahawa perceraian bukanlah sesuatu yang mudah, namun menganggap ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua.

“Kami masih baik dan masih berkawan demi anak-anak. Penceraian ini adalah takdir, tiada siapa yang mahukan ini, namun kami berlapang dada menerimanya.”

Que juga menyatakan bahawa anak-anak mereka, Ratu dan Cleopatra, matang dalam menerima keputusan ini. Hubungan antara Que dan Linda kekal mesra, dengan mereka saling menyokong demi kebahagiaan keluarga.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Linda turut mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu.

Similar Posts