| | | |

 Vivy Yusof Pilih Privasi, Tamatkan Karier Sebagai Influencer – “Masa Untuk Era Baharu”


Sumber : Oh Bulan


Usahawan tersohor, Datin Vivy Yusof, membuat langkah mengejutkan dengan menjadikan akaun Instagramnya dalam mod privasi. Keputusan ini menandakan perubahan besar dalam hidupnya selepas hampir dua dekad berkongsi setiap sisi kehidupannya secara terbuka.

Dalam hantaran terakhir sebelum akaun itu menjadi eksklusif, Vivy mengimbau perjalanan hidupnya sejak memulakan blog yang membawa kepada penciptaan jenama terkenal dan membuka pelbagai peluang.

“Hampir 20 tahun saya mula dengan blog yang tidak pernah saya sangka akan membuka begitu banyak pintu peluang. Saya tidak menyesal dengan perkongsian hampir semua bahagian dalam hidup saya, sama ada baik atau buruk,” tulisnya.

Sebagai seorang ibu, isteri, dan usahawan, Vivy mengakui berkongsi kehidupannya merupakan sumber rezeki buat keluarganya. Namun, beliau kini memilih untuk menutup bab itu dan memulakan ‘era baharu’ dalam kehidupan.

“Saya jadikan akaun saya private pada hari lahir saya. Ini adalah masa untuk saya tutup pintu kepada kehidupan yang dikongsi secara terbuka. Influencer ini tidak akan mempengaruhi lagi,” ujarnya dalam nada penuh makna.Vivy kini lebih fokus untuk menikmati kehidupan peribadi yang tidak lagi menjadi perhatian umum. Keputusan ini mencetus pelbagai reaksi daripada netizen yang merindui perkongsiannya tetapi menghormati keputusannya untuk melangkah ke fasa baharu.

Similar Posts