| | | |

Hatyai Jadi ‘Mini Malaysia’, 500,000 Pelancong Malaysia Dijangka Membanjiri Thailand


Sumber : The Vocket


Kerajaan Thailand baru-baru ini mengiktiraf Malaysia sebagai penyumbang kedua terbesar dalam sektor pelancongan negara tersebut.

Sempena musim cuti panjang dari Krismas hingga Tahun Baharu, dianggarkan kira-kira 500,000 rakyat Malaysia akan melancong ke Thailand sepanjang Disember ini.

Mengikut laporan, wilayah selatan Thailand sudah menerima lebih 230,000 hingga hampir 400,000 pelancong Malaysia yang memasuki negara itu melalui pelbagai jalan darat antara 21 hingga 31 Disember.

“Bilik hotel di kawasan popular seperti Hatyai habis ditempah, kebanyakannya oleh pelancong Malaysia yang menjadikan bandar terbesar di selatan Thailand ini destinasi utama,” kata seorang jurucakap.

Sebagai perbandingan, sebanyak 30,000 bilik penginapan di Hatyai dan wilayah Songkhla telah ditempah sepenuhnya sepanjang musim cuti Krismas hingga sambutan Tahun Baharu 2025.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa secara purata, seorang pelancong Malaysia akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM600 ketika berada di Thailand.

Similar Posts