“Dewi Berani Ke Mahkamah: Tegaskan Podcast Benar, Sedia Lawan Cik Epal!”
Sumber : IG @emiradelyati
Pempengaruh terkenal Emira Delyati Dewi, atau lebih mesra dipanggil Dewi, memilih untuk mempertahankan dirinya di mahkamah selepas menerima saman fitnah daripada pempengaruh lain, Cik Epal. Konflik ini tercetus daripada kenyataan kontroversi yang dibuat Dewi dalam sebuah podcast tidak lama dahulu.
Dewi Teguh Dengan Pendirian
Semalam, Dewi memuat naik dokumen mahkamah di Instagram sebagai bukti bahawa dia telah memfailkan memorandum kehadiran terhadap saman tersebut. Dalam hantaran itu, Dewi dengan tegas menyatakan:
“Apa yang saya katakan di podcast kelmarin adalah benar belaka. Saya berdoa kebenaran akan terungkai di mahkamah dan berharap kes ini tidak tamat di separuh jalan.”
Dia juga menegaskan bahawa dia bersedia menghadapi Cik Epal di perbicaraan untuk membuktikan kebenaran.
Penjelasan Status Perceraian Dewi
Dalam IG Story yang lain, Dewi turut memberi penjelasan tentang status dirinya yang kini telah bercerai. Menurutnya, fitnah yang tular memaksanya membuat kenyataan terbuka:
“Saya bercerai 30/10 ketika dalam keadaan suci. Sekarang dah Januari, jadi saya dah habis iddah. Tak perlu cerita terperinci.”
Penjelasan ini dibuat selepas desas-desus mengenai status peribadinya semakin hangat diperkatakan.
Cik Epal Ambil Tindakan Undang-Undang
Konflik ini bermula apabila Cik Epal, bersama pasukan guamannya, menghantar surat saman terhadap Dewi. Bekas isteri Jofliam itu mendakwa tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada Dewi, sekaligus memutuskan untuk menyelesaikan perkara ini di mahkamah.