“Good Looking, Famous & Ada Segalanya – Playboy Pun Takpe!” – Ameera Khan Terus Jadi Bualan
Sumber : TT | @amethystsiamantis
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan, sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan kenyataannya tentang hubungan bersama aktor popular Indonesia, Jefri Nichol.
“Saya Doakan Untuk Bersama Dia”
Dalam satu rakaman video di TikTok, Ameera menjawab persoalan netizen tentang desas-desus hubungannya dengan Jefri. Dia mengaku mengenali Jefri secara peribadi dan menyatakan harapannya untuk bersama lelaki tersebut.
“InsyaAllah, sayang, I want to end up with you. Bagus dia playboy. Lelaki kalau kacak, terkenal dan ada segalanya, kalau tak playboy saya mungkin akan risau. Janji dia tak playboy dengan saya,” katanya sambil tersenyum.
Tambahnya lagi, walaupun ramai yang mendakwa Jefri memiliki banyak red flag, Ameera tetap yakin dengan hubungan mereka kerana dia mengenali Jefri lebih mendalam berbanding orang lain.
“Saya boleh buat lawak tentang perkara ini sebab saya tak ambil serius apa yang orang kata. Saya kenal dia secara peribadi dan kalian tidak,” ujarnya.
“Saya Dalam Keadaan Baik”
Selain itu, Ameera turut berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang dirinya. Dia meyakinkan bahawa kehidupannya kini dalam keadaan baik dan selamat.
Ketika ditanya tentang perbezaan ketinggian antara mereka, Ameera membalas dengan santai:
“Saya tak tinggi daripada dia. Kalau saya tinggi pun apa masalahnya?”
Cinta Lama Bersemi Kembali?
Ameera dan Jefri sebelum ini pernah bercinta, namun hubungan mereka dikatakan terputus pada Oktober 2021 selepas Ameera berhenti mengikuti Jefri di Instagram.
Namun, pada penghujung Mac tahun lalu, khabar angin mengatakan percintaan mereka kembali bertaut apabila mereka semakin terbuka mempamerkan kemesraan di media sosial.
____________________