| | | |

Banyak kenangan, suami redha banglo cantik lambang cinta terhadap arwah isteri hampir ditelan ombak


Sumber :  TT | @zak189898

Banglo bernilai RM600,000 milik Mohd Yazid Idris, 66, di Kampung Tanjung, Batu Rakit, kini berdepan risiko ditelan ombak akibat fenomena air pasang besar. Rumah tersebut dibina pada 2028 sebagai tanda cinta kepada arwah isterinya, Siti Rashidah Mohd Yunus, yang meninggal dunia akibat kanser usus enam tahun lalu.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk membina benteng dan menambak tebing dengan guni pasir, ombak ganas tetap memusnahkan perlindungan tersebut. Sebahagian struktur banglo seperti tiang dan gazebo telah dihanyutkan ke laut. Mohd Yazid kini hanya mampu berharap pihak berkuasa akan mempercepatkan pembinaan benteng pemecah ombak yang lebih kukuh sebagai penyelesaian jangka panjang.

Video tular di TikTok menunjukkan keadaan banglo tersebut yang dahulunya jauh dari pantai kini hanya beberapa langkah dari laut. Warganet mencadangkan langkah segera diambil untuk menyelamatkan rumah yang penuh dengan kenangan itu.

Similar Posts