| | | |

Bangladesh ‘Raja’ Pekerja Asing di Malaysia! Jumlah Cecah Hampir 900,000 Orang

Sumber :  The Vocket

Kerajaan baru sahaja mendedahkan jumlah pekerja asing di Malaysia, dan rakyat Bangladesh mendominasi senarai dengan angka hampir 900,000 orang!

Pekerja Asing Masih Terkawal?

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, sehingga 31 Disember tahun lalu, jumlah pekerja di Malaysia ialah 16.77 juta orang, dan 2.36 juta daripadanya adalah pekerja asing. Walaupun angka ini tinggi, kerajaan menegaskan ia masih terkawal kerana tidak melebihi had siling 15% daripada jumlah tenaga kerja negara.

Namun, fakta yang menarik perhatian ialah hampir 38% daripada pekerja asing di Malaysia adalah dari Bangladesh, menjadikan mereka kumpulan pekerja asing terbesar di negara ini.

Siapa di Tempat Kedua & Ketiga?

Indonesia – 582,108 orang (24.58%)

Nepal – 370,127 orang (15.63%)

Jadi, jika anda fikir pekerja Indonesia mendominasi, hakikatnya Bangladesh jauh mengatasi mereka!

Kerajaan Beku Kuota Pekerja Asing Sejak Mac 2023

Dalam usaha mengawal lambakan pekerja asing, kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing baharu sejak 18 Mac 2023, dan keputusan ini masih berkuat kuasa sehingga tarikh yang belum diumumkan.

Adakah langkah ini akan kekal, atau kerajaan akan membuka semula kuota dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan!

Similar Posts