| | | |

Team Ammar Nazhan, Eyka Hilang 3 Hari Rupanya Gimik Murahan? Polis Indonesia Bengang Dedah Kebenaran!

Sumber :  SAYS

Ammar Nazhan Kantoi ‘Drama’ Hilang Dalam Hutan, Polis Indonesia Anggap Satu Jenayah Siber!

Nampaknya, ‘kehilangan misteri’ Eyka dalam hutan selama 3 hari hanyalah satu drama rekaan! Polis Indonesia telah mengesahkan bahawa kejadian tersebut adalah pembohongan semata-mata, mencetuskan kemarahan ramai termasuk pihak berkuasa negara jiran itu.

Drama Hilang 3 Hari – Hanya Konten Murahan?

Semuanya bermula apabila Ammar Nazhan dan pasukannya memuat naik video mendakwa Eyka hilang selama 48 jam ketika mereka berada di Bukit Embah Garut, Bandung, Indonesia. Malah, Ammar turut berjumpa dengan pihak berkuasa dan membuat laporan polis, mendakwa mereka benar-benar kehilangan rakan mereka.

Namun, selepas Eyka ‘ditemui semula’, netizen mula curiga:

Makeup masih ‘on point’ – Tidak kelihatan seperti seseorang yang sesat di hutan selama 3 hari. 

Keluarga terlalu tenang – Seolah-olah mereka sudah tahu ini hanyalah lakonan.

Netizen ‘membayar’ drama ini – Ramai yang memberi ‘gift’ di TikTok, percaya bahawa kehilangan ini benar-benar berlaku.

Tapi siapa yang ‘bocorkan’ rahsia sebenar?

Caprice Dedahkan Penipuan!

Rapper dan usahawan Caprice akhirnya membuka pekung di dada, mendakwa dia telah bercakap dengan sebuah agensi yang mengendalikan beberapa influencer dalam pasukan Ammar. Agensi itu sangat kecewa kerana telah menasihati influencer mereka untuk tidak bekerjasama dengan Ammar Nazhan lagi. Namun, mereka degil dan terus melibatkan diri, walaupun tidak dibayar!

Polis Indonesia ‘Bengang’, Ammar Nazhan Dipanggil Siasatan!

Malam ini, Polis Indonesia tampil dengan kenyataan rasmi, mengesahkan bahawa kejadian ‘Eyka hilang’ hanyalah lakonan untuk menarik tontonan di media sosial. Ini satu kesalahan siber yang serius kerana menyebarkan berita palsu dengan niat tertentu.

Menurut laporan Kumparan News, pihak polis berkata:

“Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.” “Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.” Walaupun sudah mendapat kelulusan pengurus wilayah setempat, mereka tetap melanggar undang-undang negara tersebut, menyebabkan Ammar dan rakannya Arasz dipanggil untuk memberi keterangan. Hasil siasatan? Mereka mengaku semuanya hanya lakonan!

Malu Negara, Netizen Desak Tindakan Tegas!

 Netizen Malaysia kecewa Ada yang menyuarakan agar pihak berkuasa Malaysia turut mengambil tindakan ke atas Ammar dan rakan-rakannya kerana menyebarkan berita palsu di peringkat antarabangsa. Nama negara tercalar,Ramai beranggapan Malaysia diaibkan di mata Indonesia gara-gara influencer yang sanggup buat apa sahaja demi tontonan.

Kontroversi Ammar bukan kali pertama sebelum ini, dia sudah beberapa kali dikecam kerana konten tidak bermanfaat, termasuk percampuran lelaki dan wanita yang tidak menjaga batas agama.

https://x.com/i/status/1887502954078609526

Similar Posts