| | | |

Imran Bard Dikecam, Netizen Marah Video ‘Normalisasi Budaya Songsang

Sumber :  OhMyMedia

Pempengaruh terkenal, Imran Bard, sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas memuat naik satu video di Instagram yang didakwa menormalisasikan budaya songsang. Video itu segera menarik perhatian dan mengundang kecaman hebat dari netizen.

Adegan ‘Mesra’ Dalam Video Undang Kritikan

Dalam video yang dimuat naik, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, dilihat menghidangkan Char Kuey Teow kepada seorang lelaki yang memanggilnya “sayang”.

Namun, yang mencetuskan kemarahan ramai ialah beberapa adegan mesra dalam video tersebut, termasuk:

🔴 Pelukan dari belakang

🔴 Adegan lelaki tersebut mengetap bibir sambil menarik Imran rapat

Situasi ini membuatkan ramai netizen tidak senang, mendakwa ia seolah-olah mempromosikan budaya yang bertentangan dengan hukum syarak.

Netizen Kecewa, Imran Bard Akhirnya Padam Video!

Ruangan komen di Instagram dibanjiri teguran dan kritikan, dengan ramai yang menasihati Imran agar tidak menormalisasikan budaya ini.

💬 “Jangan buat content macam ni, boleh beri pengaruh buruk.”

💬 “Harap Imran lebih peka, jangan main-main dengan isu sensitif.”

Selepas menerima kecaman, Imran Bard akhirnya memadam video tersebut.

Persoalannya, adakah ini hanya satu konten ‘gimmick’ atau ada agenda tersirat? Netizen sudah mula bersuara!

Similar Posts