| | | |

Sebak! Pak Cik Bawa Teksi Hanya Tunduk Kutip Kopiah Dicampak Wanita

Sumber :  OhMyMedia

Sejak semalam, satu video tular memaparkan seorang pak cik pemandu teksi diperlakukan secara tidak sopan oleh seorang wanita. Dalam rakaman dashcam yang dikongsi semula oleh akaun Facebook klangkampunghalamanku, kejadian dipercayai berlaku di sebuah lebuh raya, di mana kenderaan dinaiki wanita tersebut dan sebuah teksi berhenti di lorong ketiga, dipercayai akibat perlanggaran.

Kopiah Dicampak, Pak Cik Hanya Tunduk Ambil Semula

Apa yang mengejutkan ramai ialah tindakan wanita terbabit yang melulu keluar dari kenderaan dan terus merampas kopiah dari kepala lelaki pertengahan usia itu sebelum mencampaknya ke tepi jalan.

Lebih menyedihkan, pak cik tersebut langsung tidak melawan. Dia hanya tunduk mengutip kopiahnya semula, tanpa sebarang reaksi kasar atau kemarahan.

Netizen Marah & Simpati: “Kalau Salah Sekalipun, Jangan Kurang Ajar”

Perkongsian video berdurasi 19 saat itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mengaku sebak melihat pak cik itu, malah ada yang mengatakan situasi ini menggambarkan seorang ayah yang diperlakukan dengan tidak hormat.

Ramai yang berpendapat bahawa jika benar pak cik itu melakukan kesalahan, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara profesional dan beradab.

💬 “Kalau pak cik tu salah sekalipun, jangan la tunjuk perangai biadap.”

💬 “Tergamak buat macam tu? Hormat orang tua sikit, selesaikan dengan cara yang lebih baik.”

Namun, sehingga kini kesahihan video serta lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan. Tiada juga sebarang keterangan lanjut daripada mana-mana pihak yang terlibat.

Diharapkan individu dalam video berkenaan dapat tampil memberikan penjelasan agar tidak timbul sebarang salah faham.

Video : https://www.facebook.com/share/r/15wfPtt4eK/

Similar Posts