| | | |

Shuib Akui Berdepan Hutang Puluhan Juta, Babitkan Kastam, PERKESO & Cukai

Sumber :  SAYS

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mendedahkan bahawa dirinya kini berdepan dengan hutang puluhan juta ringgit yang melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan cukai.

Walaupun begitu, Shuib menegaskan bahawa perniagaannya masih dalam keadaan stabil dan beliau yakin dengan perjalanan bisnesnya.

“Ini Risiko Berniaga, Lagi Besar Bisnes, Lagi Besar Risikonya”

Dalam laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, berkata bahawa cabaran besar seperti ini adalah lumrah dalam dunia perniagaan.

Menurutnya, apabila bisnes mula berkembang dan mencapai jualan berjuta-juta ringgit, maka risiko serta komitmen kewangan juga semakin besar.

“Kalau berniaga kecil-kecil, tak pening sangat. Tetapi bila perniagaan besar, cabarannya juga besar. Dulu jualan puluhan ribu, kemudian ratusan ribu, sekarang berjuta-juta ringgit. Tiada bisnes juta-juta yang risikonya kecil.”

Shuib juga mengakui bahawa pengurusan kewangan yang kurang teliti boleh menyebabkan cabaran seperti ini, namun beliau tidak panik dan menganggapnya sebagai proses biasa dalam dunia perniagaan.

Bisnes Masih Kukuh, Shuib Yakin Akan Bangkit

Walaupun berdepan hutang yang besar, Shuib menegaskan bahawa perniagaannya masih berjalan seperti biasa dan beliau tidak akan berhenti.

“Kalau tersalah urus, memang boleh berdepan risiko. Tapi saya okay saja. Ini semua normal bagi ahli perniagaan. Baru betul berniaga juta-juta ringgit.”

Shuib juga menyatakan bahawa dia tidak mahu mengalah dan akan terus belajar memperbaiki kelemahan dalam menguruskan perniagaan.

“Saya sebenarnya tak pandai, cuma budak kampung. Tapi Allah bagi rezeki. Saya anggap ini satu anugerah. Tahu atau tidak, kena buat sampai jadi tahu.”

Bagi Shuib, selagi dia tidak berhenti berusaha, maka dia belum gagal.

Similar Posts