Bella Astillah Puji Syed Saddiq, Mengaku Ada Hubungan Istimewa? – ‘Semua Korang Nampak Itu Bukan Marketing’
Sumber : Tiktok | @febbyfeb_98
Hubungan antara pelakon Bella Astillah dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, semakin kerap menjadi perhatian di media sosial. Kemesraan mereka yang sering dipaparkan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen.
“Bukan Sekadar Marketing”
Dalam satu siaran langsung di TikTok, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Astillah, 30, menegaskan bahawa hubungan mereka bukan sekadar gimik pemasaran atau strategi untuk menarik perhatian umum.
“Saya tak suka gimik. Semua yang korang nampak itu bukan untuk marketing.”
Bella juga tidak menafikan bahawa dia selesa dengan keperibadian Syed Saddiq yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Jujur ikhlas, dia sangat baik. Saya setuju sebab itulah dia, tiada suruhan. Walaupun off camera, dia tetap baik.”
Netizen Teruja dan Mendoakan Bella
Kenyataan Bella segera mencuri perhatian netizen. Ramai yang meninggalkan komen menyatakan keterujaan mereka terhadap kemungkinan hubungan istimewa antara Bella dan Syed Saddiq.
Sebilangan warganet turut mendoakan agar Bella menemui kebahagiaan semula selepas melalui episod pahit dalam kehidupannya sebelum ini.