| | | |

Cikgu Berbangsa Cina Dari Malaysia ‘Kantoi’ Rembat Kad Kredit, Puluhan Ribu Yen Di Jepun

Sumber :  The Vocket

Seorang guru sambilan dari Malaysia ditangkap selepas dipercayai mencuri kad kredit dan wang tunai bernilai beberapa ribu yen ketika menghadiri aktiviti bola keranjang di sebuah kelab sukan di Jepun.

Tertangkap Dalam Rakaman Kamera

Laman media sosial Tokyo Tweet memuat naik rakaman video kejadian itu di platform X, menunjukkan individu tersebut menyelongkar salah satu beg yang diletakkan di tepi gelanggang.

Menurut laporan media tempatan, polis mengesahkan lelaki berkenaan telah menyamar sebagai warga tempatan untuk memasuki kelab bola keranjang tersebut.

“Lelaki yang terlibat dikenali sebagai Wong Ka Fei (26), seorang guru sambilan sekolah rendah warganegara Malaysia yang ditahan kerana disyaki mencuri kad kredit dan wang tunai. Dia menyamar sebagai warga tempatan untuk memasuki kelab buat pertama kali,” kata jurucakap polis.

Mangsa Kehilangan Wang Tunai dan Kad Kredit

Salah seorang ahli kelab yang menjadi mangsa mendakwa kehilangan kad kredit dan wang tunai bernilai ribuan yen selepas kejadian itu berlaku.

“Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah puluhan ribu yen dalam bentuk tunai serta kehilangan beberapa kad kredit,” tambah pihak polis.

Setelah ditahan, Wong mengaku mencuri beberapa kad kredit, namun menafikan mengetahui tentang kehilangan wang tunai yang dilaporkan mangsa.

Disyaki Terlibat Dalam Kes Lain

Pihak polis turut menyatakan bahawa beberapa kejadian serupa telah berlaku di bandar Takatsuki, dan mereka kini sedang menyiasat sama ada Wong terlibat dalam insiden lain yang dilaporkan sebelum ini.

Di ruangan komen, rata-rata rakyat Jepun meluahkan rasa marah dan mendesak kerajaan mereka untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap warga asing yang melakukan jenayah di negara tersebut.

“Perkara seperti ini normal bagi warga asing yang ada di sini. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah serius untuk menangani mereka,” tulis seorang pengguna.

Similar Posts