· ·

9 Kereta, 8 Motosikal Rosak Dihempap Pokok Tumbang di Wangsa Maju

Penduduk di Blok G9, Seksyen 2, Wangsa Maju dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang yang menghempap sembilan kereta dan lapan motosikal malam tadi.

Kejadian Berlaku Pada Lewat Malam

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto, pihaknya menerima laporan tentang insiden itu pada 11.43 malam.

Sebaik tiba di lokasi, anggota APM segera menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok yang menghempap kenderaan. Seramai 17 pemilik kenderaan terkesan akibat kejadian ini.

“Operasi memotong dan mengalihkan pokok itu membabitkan seorang pegawai dan 10 anggota,” katanya dalam satu kenyataan.

Hujan Lebat & Angin Kencang Punca Pokok Tumbang?

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan, namun insiden ini mengundang kebimbangan dalam kalangan penduduk. Faktor hujan lebat dan angin kencang dipercayai menjadi penyebab utama pokok berkenaan tumbang.


Sumber : BeritaHarian