· · · · · · ·

“Wajah Saya Tetap Sama!” – Fathia Latiff Tak Marah Netizen, Akui Buat Rawatan Kekal Cantik

Pelakon Fathia Latiff tidak mengambil hati apabila wajahnya sering menjadi bualan ramai di media sosial.

Terima Pandangan Netizen, Faktor Usia Penyebab Perubahan

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata dia tidak marah kerana setiap orang berhak memberi pandangan. Baginya, perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan faktor usia.

“Itu pendapat masing-masing. Bagi saya, wajah saya tetap sama. Mungkin perubahan yang dilihat berpunca daripada faktor usia. Saya tidak marah kepada mereka yang memperkatakan mengenai wajah saya kerana itu hak masing-masing untuk berpendapat. Saya terima dengan hati terbuka.”

Akui Buat Rawatan, Tapi Tidak Ekstrem

Pelakon Bidaah, yang bakal ditayangkan di Viu pada 6 Mac ini, mengakui ada menjalani rawatan wajah bagi mengekalkan kejelitaan.

“Saya ada ‘eye bags’ dan buat rawatan untuk menghilangkannya. Selain itu, saya buat rawatan melicinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat.”

Menurutnya lagi, dia jarang memuat naik hantaran atau membaca komen di media sosial demi menjaga kesihatan mental. Dia hanya berkongsi perkara berkaitan kerja sahaja.

Sumber : Facebook