· · · · · ·

Kim Seri Dedah Ada Individu Paksa Buka Aib Rumah Tangga – “Saya Tetap Pilih Berdiam Diri”

Pempengaruh media sosial yang kini menetap di Korea Selatan, Kim Seri, mendakwa terdapat individu yang cuba memaksanya mendedahkan kisah rumah tangganya yang lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina menegaskan bahawa dia tetap memilih untuk berdiam diri walaupun ada pihak yang mendesaknya untuk membuka cerita. Menurutnya, dia tidak kisah jika ada yang mahu memfitnahnya atau mencipta pelbagai spekulasi mengenai dirinya. “Saya tidak kisah orang nak cerita apa dan fitnah apa. Saya tetap memilih untuk berdiam diri dan saya tahu ada orang nak buat saya buka cerita, jaja aib sana sini. Tapi, saya bukan orang macam itu. Saya bukan jenis yang cerita kisah rumah tangga saya.”

Kim Seri juga menyatakan bahawa dia sudah terlalu penat untuk terus menghadapi tuduhan dan memilih untuk memulakan lembaran baru dalam hidupnya. “Orang kata saya salah? Silakan. Cukup simpan air mata berbelas tahun saya sembunyikan. Saya mahu buka buku baru. Dah muak dengan kata maaf berulang kali.”

Selain itu, Kim Seri turut menjawab dakwaan yang mengatakan dia bercerai dengan bekas suaminya kerana ingin berkahwin dengan lelaki Korea. “Bercerai sebab nak berkahwin dengan lelaki Korea? Lucu. Dia ni berbulan-bulan lepas berpisah baru kenal. Itu pun dia kesian tengok saya sambil kerja bawa anak-anak.”

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita, apa sahaja pilihan yang dibuat tetap akan dipertikaikan oleh orang sekeliling. “Bila bercerita kisah rumah tangga, mereka kata kita buka aib, kita minta simpati, jaja sana sini. Bila kita diam, tetap juga kita yang salah, kitalah puncanya.”

Sebelum ini, Kim Seri yang merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suaminya, namun tidak mengulas lanjut mengenai penceraian mereka.

 

 Sumber : OhBulan