Warga Asing Berniaga Sambil ‘Live TikTok’ Diserbu PASKOM di KL — Netizen Puas Hati Melihat Operasi “Macam Dalam Movie”
Warga asing dari Bangladesh yang berani berniaga secara terbuka sambil membuat siaran langsung di TikTok akhirnya menerima padah apabila diserbu oleh Pasukan Khas Operasi Mobile Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PASKOM).
Kegiatan mereka yang menjual telefon pintar secara terbuka termasuk model berjenama mahal dianggap mencabar undang-undang Malaysia. Ini kerana kebanyakan warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan permit kerja yang tidak membenarkan mereka berniaga secara sah.
Operasi Serbuan PASKOM
Insiden ini bermula apabila netizen yang menonton siaran langsung tersebut segera melaporkan aktiviti berkenaan kepada pihak berkuasa. Salah seorang pengguna TikTok berkata, “Alamatnya pun dah tersedia, tunggu apalagi Jabatan Imigresen Malaysia.”
PASKOM pantas bertindak dengan memberi maklum balas segera: “Sekejap lagi kami sampai.”
Tidak lama selepas itu, pasukan PASKOM menggempur lokasi premis berkenaan. Rakaman pendek yang memaparkan operasi serbuan itu turut dimuat naik ke TikTok, menarik perhatian ramai yang menyamakan aksi berkenaan dengan babak dalam filem aksi.
Netizen Puas Hati dan Beri Sokongan
Rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati melihat tindakan tegas yang diambil terhadap warga asing yang berniaga secara haram. Mereka turut memuji keberkesanan operasi tersebut dan berharap tindakan ini dapat memberikan amaran kepada pihak lain agar tidak mencabar undang-undang Malaysia.
Dalam serbuan itu, beberapa warga Bangladesh ditahan, dokumen mereka diperiksa, dan ada yang digari untuk tindakan lanjut. Netizen juga menggesa agar operasi serupa diperluaskan ke negeri lain kerana semakin ramai warga asing yang berani menjalankan perniagaan secara terbuka, termasuk di pasaraya.
Malah, ada yang mendakwa pasti terdapat individu tempatan yang menjadi dalang atau menyokong aktiviti ini, sekali gus meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu secara menyeluruh.
@paskom.official OPERASI PENGUATKUASAAN KL STRIKE FORCE JIM WPKL DAN DBKL OPS KUTIP DI AA MOBILE SELLER ENTERPRISE (ASHRAF GADGET KL), NO. 148, JALAN CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU, 55100 KUALA LUMPUR. 11.03.2025 . SERAMAI 4 PATI DITAHAN #respectthelaw #securethenation #imigresen #imigresenmalaysia #klstrikeforce #immigration #jimkl #kdn #pudu #iphone #ashrafgadgetstore #operasi #jimkl #uptownkl #viralvideo @Imigresen Kuala Lumpur @Jabatan Imigresen Malaysia @PIN KL @JABATAN PENGUATKUASAAN - DBKL @Benjo Tralala 🥴 @meajinmasya
♬ original sound - PASKOM JIMWPKL - PASKOM JIMWPKL
Sumber: Tiktok