PLKN 3.0 SIAPA BAKAL DIPANGGIL?
Hanya Remaja Lahir Tahun 2007 & Ke Atas Akan Dipanggil ke PLKN 3.0
Sebuah pengumuman rasmi dari kerajaan hari ini telah menetapkan bahawa remaja yang dilahirkan pada tahun 2007 dan seterusnya akan dipanggil untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
Photo by : Google Image
Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef), program ini dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun depan. Dalam satu kenyataan, mereka menyatakan bahawa pemilihan peserta PLKN 3.0 akan berdasarkan tahun kelahiran, dengan garis permulaan tertentu untuk memilih peserta yang layak.
“Jika peserta yang dipilih menghadapi kesulitan untuk menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka berhak memohon penangguhan. Had maksimum usia bagi peserta adalah sehingga berusia 35 tahun.”
“Penerangan ini diharapkan dapat merungkai kekeliruan dan kebimbangan rakyat berkaitan dengan penentuan umur peserta PLKN 3.0,” kata pihak Kementerian Pertahanan.
Sebelum ini, Kementerian telah mengumumkan keputusan untuk mengembalikan semula PLKN dengan pendekatan baru, selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan semula PLKN yang sebelum ini dimansuhkan pada tahun 2018 akan melibatkan dua fasa.
Lihat kenyataan rasmi itu di bawah:

Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari OSEDAPDOTCOM. Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal.